Ahad, 17 Oktober 2010
Team memanah Perempuan
Mr Lee telah mempertaruhkan pemanah perempuan 2 drpdnya amat kurang pengalaman diperingkat antarabangsa. Sepatutnya Mr Lee mengambil pemanah perempuan yang berpengalaman dan tidak kurang hebatnya semasa sukma seperti Aziera Taip, Nor Huda Azida yang juga menunjukkan konsisten dalam kejohanan tempatan. Akhirnya mereka tewas dengan memungut 192 mata sahaja. Rasanya team pelapis serantau yang mewakili Malaysia ke Asian GP di Taiwan lebih baik pencapaiannya sehinggakan Team USA menjangkakan bahawa mereka adalah National Team. Selain daripada itu sudah tiba masa jurulatih perempuan diadakan. Rasanya Cik Lim berkelayakan kerana beliaulah yang mengasah bakat Shahira dan Ng sui Kim. Persatuan Memanah Malaysia perlu mengambil langkah berani supaya Team Perempuan ni tidak terus ketinggalan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan